Thursday, April 7, 2016

Catatan 0008 : Memori

Memori merupakan salah satu perkara yang misterius ada pada manusia. Kadang-kala mahu sahaja dilupakan hal-hal yang buruk berlaku dalam kehidupan dan nak hidup dalam keadaan yang indah-indah sahaja tetapi pada hakikatnya yang pahit dan manis itulah yang membentuk kehidupan. Pernah terlihat satu kiriman sahabat Facebook saya yang membawa erti lebih kurang begini "Kalau boleh saya nak jadi seorang yang naif seperti dulu",

Semasa belajar di UiTM Puncak Alam, Asasi Kejuruteraan 2012/2013. Setiap pagi di rumah mesti ternampak "EXPERIENCE IS THE BEST TEACHER" macam mana tu?
Hentikan dulu hal ini.

Mari bicara mengenai memori sebagai suatu ingatan tentang hal yang berlaku tidak mengapa tapi jangan dibiarkan memori berulang-ulang kembali kerana kebanyakkan orang gila mengalami memori yang berulang walaupun hati mereka dah tak mahu.Hiduplah pada hari ini usah dikenang kejayaan masa silam ,jadikan masa lampau sebagai pengajaran yang berguna. Cabaran-cabaran masa hadapan yang perlu dihadapi dengan jiwa yang tenang.

Seorang kenalan di Facebook Amli Nujhan ada bagi

Kalau ada buat salah masa lepas jangan menangis menyesal... setiap titik air mata akan dipersoal beb... tak payah nak paksa berlakon menangis unless kau menangis tu automatik... sebab takut beb... itu lain.Tangisan kerana Allah itu agung... Tapi menangis kerana Allah is not easy... menagis mengada2 tu ramai. Maka sungguh hebat tangisan Nabi... para sahabat tegar etc... Tapi sebaliknya kita cry like baby... ayoyo... just sebab nak copy paste ...

Bila baca kembali adakah sesuatu yang dibuat itu ikhlas atau mengada-ada cuma copy paste apa jua yang ada.

No comments:

Post a Comment