Tuesday, April 5, 2016

Catatan 0006 : Novel

Tertarik untuk membaca novel Fixi mungkin kerana bahasa yang menggunakan bahasa Pasar. Kali terakhir membaca novel Fixi pun novel PECAH itu sebab tak faham perkara yang cuba di gambarkan oleh Filem PECAH.

Berkisarkan mengenai dendam. Sama juga novel Velvet dan Permainan.

Saya membesar dengan membaca tulisan karya Faisal Tehrani, terlalu asyik untuk membaca gaya penulisannya antara novel yang sudah dibaca Tuhan Manusia, KOMBAT1511H dan macam-macam lagi.Sayang tiada satu pun novelnya yang digarapkan sebagai filem.

Membaca novel lebih menarik daripada menonton filem kerana ia bergantung kepada imaginasi pembaca untuk mengambarkan keadaan dalam novel. Selain itu, novel juga terutamanya novel fiksyen seolah-olah melepas diri dari dunia realiti ke dunia fantasi. Macam mana tu?
Teknologi, cyborg dan pelbagai perkara yang tak tercapai dek akal dapat dilakarkan dalam novel.

Perkara yang saya suka mengenai novel kerana di samping menyampaikan cerita penulis juga secara tidak langsung dapat menyelitkan elemen nilai(macam belajar komsas pula ada nilai dan pengajaran) dan ilmu-ilmu secara tidak sedar. Misalnya fakta-fakta sains, teori Matematik seperti dalam novel A Certain Ambiguity(terima kasih kepada pelajar Matematik yang meminjamkan saya novel ini tidak sangka subjek seperti Matematik juga boleh dijadikan novel) .

Novel juga memberi kesan kepada masyarakat misalnya novel Noli me Tangere karya Jose Rizal yang sedikit sebanyak membawa Filipina untuk bebas daripada kuasa asing yang memerintah negara mereka. Cukup untuk setakat ini.

No comments:

Post a Comment