Saturday, April 23, 2016

Catatan 0012: The Alchemist oleh Paulo Coelho


Selepas habis membaca Flowers of Algernon rasa macam nak baca The Alchemist pula....dah lama perasaan untuk membaca sehingga habis ni belum tiba(have a sense of accomplishment) kerana berjaya menghabis buku Flowers of Algernon.. Kenapa The Alchemist kerana dalam 88 ja muka surat dia sebab itu.Selain itu untuk meneroka pemikiran penulis juga kerana cerita ini kebanyakkkan latar padang pasir untuk mencari harta.


Antara quote menarik dalam ni
"Don't say anything," Fatima interrupted. "One is loved because one is loved. No reason is needed for loving."
People are afraid to pursue their most important dreams,
because they feel that they don't deserve them, or that they'll be unable to achieve them.
We, their hearts, become fearful just thinking of loved ones who go away forever, or of
moments that could have been good but weren't, or of treasures that might have been
found but were forever hidden in the sands. Because, when these things happen, we
suffer terribly." 
 When you possess great treasures within you, and try to tell others of them, seldom are you believed."
 'Everything that happens once can never happen again. But everything that happens
twice will surely happen a third time.' "

Cerita ini pada keseluruhannya mengisahkan seorang pengembala kambing yang bermimpi dia akan menjumpai harta di Mesir. Dia terpaksa melalui padang pasir untuk mencapai cita-citanya itu dan akhirnya dia kembali tempat dimana dia bermula(ada dinyatakan dalam epilogue). Sangat menarik...dia mulanya marah pada monk kalau dia tahu awal tak perlulah dia bersusah payah untuk menempuh liku-liku padang pasir tapi bila monk tu beritahu dia dapat tengok piramid dan segala hal kehidupan. Dia rasa gembira.

Wednesday, April 13, 2016

Catatan 0009 : Buku The Stranger Albus Camous


Setelah lama tidak membaca novel berbahasa Inggeris kali terakhir rasanya novel tingkatan 5, Catch Us If You Can. Bukan sebab apa setiap kali baca mesti ada kosakata(vocab) baru yang saya tak faham, Pada kebiasaanya saya akan membaca sekali lalu kemudian baru cuba teka(guess) maksud perkataan yang saya tak faham/tahu tu.

Mujurlah kali ini mendapat tips dari seseorang(budak math juga) baca dan fahamkan dan ada google memudahkan untuk mengetahui maksud sesuatu perkataan.

Erm....macam tak masuk lagi bab novel ni. Novel ini lebih kurang 77 muka surat (tak la banyak sangat) tapi perkataan dia setiap muka surat sampai 4-7 perkataan yang tak pernah saya jumpa. 
Berpuluh juga....akhirnya selepas 3 hari berjaya juga menghabiskan buku ini. Terima kasih kepada Pak Dy.....teringat balik kata-kata dahulu(manusia takut dengan perkara yang dia tak tahu). Mungkin sebab ini saya kurang membaca novel bahasa Inggeris terlalu asyik dengan gaya bahasa Faisal Tehrani.


The Stranger ni di bahagian awal mengisahkan tentang seorang anak yang balik untuk menghadiri upacara pengembumian ibunya. Dia singgah ke tempat yang dipanggil Home. Kira bahagian pertama novel ini menceritakan hal pengebumian ibunya. Dia berjumpa pelbagai individu, penulis menulis secara terperinci(detail) mengenai rupa seseorang dan cara seseorang memberikan respon terhadap kematian ibunya. Lepas ibu dia mati, boleh pula dia pergi bercinta dengan seorang gadis nama Marie kalau tak silap. Lepas tu dia berjumpa Raymond.....Raymond ni pernah pukul seorang perempuan sebab tak ikut arahan dia. Jadi watak utama ni tolong tulis surat seolah untuk membenarkan hal tu.Perempuan itu ada keturunan Arab sikit.

Selepas itu mereka ada pergi percutian dekat Pulau apa ntah hahaha....tak ingat la. Pulau sajalah. Dekat Pulau itu watak utama melepaskan 5 das tembakan kepada seorang mangsa(orang Arab). Kemudian bahagian seterusnya.....dia ...masuk dalam penjara. Dekat situ dia mula rasa untuk menghabiskan masa sebelum keputusan penghakiman dia. Tak silap saya dalam enam minggu juga. Pada mulanya dia rasa bosan....macam mana hendak menghabiskan masa kalau buat rutin yang sama sahaja setiap masa. Jadi dia mula mencatat perkara yang dia nampak secara terperinci.

Ok kita hentikan....sekarang dah habis. Dia pergi tempat prosiding. Memang dia bersalah. Pendakwa bagi ayat yang agak kejam juga dekat dia.....lebih kurang macam ni
"hang dahla tak menangis waktu mak hang meninggal, lepas tu boleh pula hang pi bercinta dengan seorang gadis sehari lepas mak hang meninggal, pi tengok wayang lepas tu pergi percutian. Lepas tu boleh pula hang pi bunuh orang....hang ni patut kena hukum " tapi tak adalah dia cakap macam tu dia cakap dalam bahasa Inggeris la.

Kemudian bahagian paling best sekali adalah bahagian terakhir. Bila waktu utama dalam tu macam dia merungkai kembali apa yang ada dalam bahagian lain....macam mana seseorang yang dah insaf.....kerana dulu dia tak keriau(menangis) semasa mak dia meninggal...dia kena penjara. Sedangkan itu hal yang lepas. Sekarang dia mahu hidup dalam keadaan yang gembira. Ya gembira.

Sekian.
Nur Arif

Sunday, April 10, 2016

Catatan 0004 : Zaman

Apa yang aku lihat pada saat dan ketika ini sangatlah berbeza dengan pandangan aku ketika berusia 6-7 tahun tetapi memori-memori kenangan dan pemikiran masih lagi bermain di pemikiranku.


Thursday, April 7, 2016

Catatan 0008 : Memori

Memori merupakan salah satu perkara yang misterius ada pada manusia. Kadang-kala mahu sahaja dilupakan hal-hal yang buruk berlaku dalam kehidupan dan nak hidup dalam keadaan yang indah-indah sahaja tetapi pada hakikatnya yang pahit dan manis itulah yang membentuk kehidupan. Pernah terlihat satu kiriman sahabat Facebook saya yang membawa erti lebih kurang begini "Kalau boleh saya nak jadi seorang yang naif seperti dulu",

Semasa belajar di UiTM Puncak Alam, Asasi Kejuruteraan 2012/2013. Setiap pagi di rumah mesti ternampak "EXPERIENCE IS THE BEST TEACHER" macam mana tu?
Hentikan dulu hal ini.

Mari bicara mengenai memori sebagai suatu ingatan tentang hal yang berlaku tidak mengapa tapi jangan dibiarkan memori berulang-ulang kembali kerana kebanyakkan orang gila mengalami memori yang berulang walaupun hati mereka dah tak mahu.Hiduplah pada hari ini usah dikenang kejayaan masa silam ,jadikan masa lampau sebagai pengajaran yang berguna. Cabaran-cabaran masa hadapan yang perlu dihadapi dengan jiwa yang tenang.

Seorang kenalan di Facebook Amli Nujhan ada bagi

Kalau ada buat salah masa lepas jangan menangis menyesal... setiap titik air mata akan dipersoal beb... tak payah nak paksa berlakon menangis unless kau menangis tu automatik... sebab takut beb... itu lain.Tangisan kerana Allah itu agung... Tapi menangis kerana Allah is not easy... menagis mengada2 tu ramai. Maka sungguh hebat tangisan Nabi... para sahabat tegar etc... Tapi sebaliknya kita cry like baby... ayoyo... just sebab nak copy paste ...

Bila baca kembali adakah sesuatu yang dibuat itu ikhlas atau mengada-ada cuma copy paste apa jua yang ada.

Catatan 0007 : Kata-kata

Dah masuk kecacatan(cacat ke apa?) tak maksud saya catatan yang ke-7. Saya suka nombor 7 ni kerana dulu masa main permainan PES mungkin sebab yang memakai no 7 selalu menjadi lagenda di suatu kelab bola.

Hentikan dulu hal itu. 

Kata-kata....ada satu lagu yang merujuk hal ini. 

Kata-kata indah di bibir mesra
Mungkinkah dusta jangan terpedaya
Lembut lidah mengukir kata dan janji
Menyimpul maksud hati yang tersembunyi
Hati-hati mentafsir kata bicara
Pastikan dengan nyata ketulusannya
Dalam manis kata ada racun bisa
Perlu berwaspada
Kata-kata hikmah bagai mutiara
Jadi panduan hidup manusia
Kerna pulut santan pula yang binasa
Kerana mulut badan kan sengsara
Lembut lidah mengukir kata dan janji
Menyimpul maksud hati yang tersembunyi
Hati-hati mentafsir kata bicara
Pastikan dimana kebenarannya
Dalam manis kata ada racun bisa
Jangan terperdaya
Kata-kata hikmah bagai mutiara
Jadi panduan hidup manusia
Kerna pulut santan pula yang binasa
Kerana mulut badan kan sengsara
Awas lidah tika mengukir kata
Mungkinkah dusta perlu berwaspada
Indah kata bukan pada ucapannya
Tetapi pada benar tujuannya
Tepat tindakannya
Yang indah bahasa
Yang cantik pekerti yang mulia
Dalam manis kata ada racun bisa
Jangan terpedaya
Kata-kata indah di bibir mesra
Mungkinkah dusta jangan terpedaya
Indah kata bukan pada ucapannya
Tetapi pada benar tujuannya
Kata-kata hikmah bagai mutiara
Jadi panduan hidup manusia
Kerna pulut santan pula yang binasa
Kerana mulut badan kan sengsara
Awas tutur kata.

Dalam ranjau kehidupan ini, ada yang suka makan manis,masin,pahit dan masam pelbagai cita-rasa. Sama juga dengan kata-kata ada yang suka dengar ayat sentap(tarbiah sentap) ada juga yang suka pendekatan yang lembut. Bagi saya, saya suka pendekatan yang nombor dua tetapi kalau asyik minum madu saja bila nak rasa pahit hempedu.

Tuesday, April 5, 2016

Catatan 0006 : Novel

Tertarik untuk membaca novel Fixi mungkin kerana bahasa yang menggunakan bahasa Pasar. Kali terakhir membaca novel Fixi pun novel PECAH itu sebab tak faham perkara yang cuba di gambarkan oleh Filem PECAH.

Berkisarkan mengenai dendam. Sama juga novel Velvet dan Permainan.

Saya membesar dengan membaca tulisan karya Faisal Tehrani, terlalu asyik untuk membaca gaya penulisannya antara novel yang sudah dibaca Tuhan Manusia, KOMBAT1511H dan macam-macam lagi.Sayang tiada satu pun novelnya yang digarapkan sebagai filem.

Membaca novel lebih menarik daripada menonton filem kerana ia bergantung kepada imaginasi pembaca untuk mengambarkan keadaan dalam novel. Selain itu, novel juga terutamanya novel fiksyen seolah-olah melepas diri dari dunia realiti ke dunia fantasi. Macam mana tu?
Teknologi, cyborg dan pelbagai perkara yang tak tercapai dek akal dapat dilakarkan dalam novel.

Perkara yang saya suka mengenai novel kerana di samping menyampaikan cerita penulis juga secara tidak langsung dapat menyelitkan elemen nilai(macam belajar komsas pula ada nilai dan pengajaran) dan ilmu-ilmu secara tidak sedar. Misalnya fakta-fakta sains, teori Matematik seperti dalam novel A Certain Ambiguity(terima kasih kepada pelajar Matematik yang meminjamkan saya novel ini tidak sangka subjek seperti Matematik juga boleh dijadikan novel) .

Novel juga memberi kesan kepada masyarakat misalnya novel Noli me Tangere karya Jose Rizal yang sedikit sebanyak membawa Filipina untuk bebas daripada kuasa asing yang memerintah negara mereka. Cukup untuk setakat ini.