Sunday, May 29, 2016

Catatan 0013 : Down & Out di London & Paris oleh George Orwell

Ada seminggu tu semasa baucer buku mula diedarkan di sekitar USM , ada beberapa penerbit buku antaranya Thukul Cetak dan DubookPress buat jualan buku. Saya mula mendapatkan buku ini sekitar masa ini....ya la harga buku RM30 tapi dapat diskaun dalam RM20 sebuku... okla tu.

Lama juga masa nak dihabiskan untuk membaca buku ni yelah semenjak dua menjak ini lebih suka untuk membelek ebook berbahasa Inggeris cuba untuk membaca kembali dalam bahasa Inggeris. Novel terakhir berbahasa Inggeris berbentuk buku yang habis di baca adalah Prisoner of Zenda novel tingkatan 3 setiap jalan penceritaan dalam tu masih lagi ingati. Buku Catch Us If You Can novel tingkatan 5 ada baca tetapi tak meninggalkan kesan yang mendalam. 

Baik kita teruskan ke buku ini, buku ini merupakan buku pertama yang ditulis oleh George Orwell, Saya mula kenal George Orwell(macam pernah jumpa berdepan pula padahal kenal nama saja) dalam website game erepublik.com ada satu artikel mengenai buku-buku yang direkomenkan untuk di baca. Antaranya Animal Farm, mulanya macam rajin nak baca tapi selepas tu tengok kartun ja.

Dah, kita teruskan kepada buku ini. Buku ini ada dua bahagian yang utama yang pertama sekitar di Paris dan yang kedua sekitar di London. Dia ada menceritakan bahagian kehidupan sebagai pencuci pinggan di Paris, dan dia berkerja di salah satu hotel terkemuka di Paris. Hang bayangkan kalau ada ayam ka apa yang jatuh dari Lif pekerja kena bayar ganti rugi jadi depa sanggup ambil ayam yang terjatuh tu dan depa tak buat apa-apa.

No comments:

Post a Comment