Monday, October 19, 2015

Catatan 0003 : Topeng

Memetik kata orang Jepun manusia ini mempunyai 3 wajah pada umumnya yang pertama yang di tunjukkan kepada dunia, yang kedua kepada kawan rapat dan keluarga dan yang terakhir adalah wajah yang kamu tidak akan tunjukkan kepada orang lain dan wajah tersebut adalah refleksi diri kamu sendiri.

Macam menarik sahaja kata-kata tersebut dalam bahasa Melayu pula ada frasa bermuka-muka, talam dua muka, buat muka. Muka merupakan cerminan seorang insan. Seseorang insan yang tersenyum adalah manis wajahnya berbanding dengan seseorang yang bermuram durja tetapi sebalik senyum itu tiada sesiapa yang mengetahui apa yang berada di sebalik lubuk hatinya. Seseorang yang ceria dan ramah tak semestinya dia mempunyai kehidupan yang bahagia samalah juga dengan perkara yang indah di alam maya ini.

Sangat indah topeng yang di pakai sehinggakan di hadapan cermin sekalipun dia tidak mahu menanggalkan topeng. Adakah dia sudah lupa mengenai dirinya? atau dia mahu orang selesa dengan topeng yang di pakainya? Entahlah hahaha. Nak kena cabut juga baru dia tahu muka dia kot.

Catatan 0002: Sesuatu yang lebih baik

Sudah sebati dengan diri seorang insan yang mahukan sesuatu yang lebih baik tidak kiralah bagi diri sendiri atau masyarakat di sekitarnya. Memandang dan memikirkan perkara yang perlu di betulkan dan kenapakah perkara tersebut masih di pertahankan.

Walaupun merasakan penulisan kali ini tiada isinya,izinkan saya bercoloteh walaupun mungkin tiada sesiapa yang mahu membaca.

Perkara pertama, saya mula mengenali alam berorganisasi ini bermula dari sekolah rendah. Ketika itu hanyalah sekadar pengawas yang menjaga pintu pagar atau lebih di kenali dengan pengawas yang akan mengambil nama murid-murid yang datang lewat ke kelas. Pada zaman itu, mungkin seseorang itu dilihat gah dengan jawatan yang di pegang olehnya biarpun sekadar AJK Kebersihan di dalam kelas tetapi walau apa pun jawatan ketika itu tiada sesiapa yang akan mempertikaikan atau mempersoalkan apabila melakukan kesilapan dan kesalahan. Misalnya AJK Kebersihan tidak menyapu dan membuang sampah, satu kelas yang akan tanggung.

Kita tinggal dahulu dunia alam sekolah rendah, sewaktu sekolah menengah saya hanyalah orang biasa yang tak ada jawatan tetapi sekadar cuci tingkap dan padam papan putih itu biasalah. Bukan apa sewaktu sekolah menengah lebih banyak orang yang layak dan berdedikasi. Untuk zaman di menara gading biarlah dalam pengetahuan saya sendiri hahaha.

Baik, kita teruskan kenapa tajuk kali ini sesuatu yang lebih baik? Hal ini di sebabkan kita mahu sesuatu perubahan yang bermula dengan diri kita sendiri dan secara tidak langsung memberi impak yang sangat hebat pada masyarakat. Kekuatan seorang individu tidak boleh dipandang serong jika sesuatu itu bersifat kolektif. Cukup setakat itu untuk catatan no 0002. Banyak hal lagi untuk catatan berikutnya.

Nur Arif
19/10/2015 Isnin

Tuesday, October 6, 2015

Catatan 0001 : Kembali ke alam penulisan

Sewaktu kecil dahulu saya suka menulis tidak kira walaupun cerita khayalan mahupun melukis komik. Idea ketika waktu itu datang dengan mencurah-curah tidak perlu penat memerah otak untuk mengeluarkan idea. Sama sahaja dengan penulisan yang saya tulis ketika ini, ia lahir dari hati.

Setelah sekian lama mendiam diri dari arena penulisan rasanya ingin kembali, biarlah ini menjadi catatan peribadi kehidupan harian yang tak sebeberapa supaya menjadi pengajaran buat hari-hari mendatang. Ingat lagi ketika zaman sekolah menengah Derma, sehari selembar benang dalam erti kata usaha yang berterusan walaupun sedikit tetapi lama kelamaan akan menjadi besar jua.

Ketika catatan ini ditulis saya sedang berusaha untuk membuat muddiest point untuk repetition code bagi coding theory,


Nur Arif
6 Oktober 2015