Melihat kehidupan dari sudut yang berbeza dalam ranjau dan tenang. Alangkah indahnya sekiranya, yang berada diatas pernah merasa berada dibawah sambil tak lekang untuk membantu yang berada di bawah.
Catatan ini saya tulis sekadar mengisi masa menunggu untuk berbuka puasa. Syukur. Nama macam sepupu saya hahaha. Syukur merupakan satu perasaan yang hadir, pada kebiasaan orang akan berkata syukur Alhamdullillah.
Antara nikmat yang diberikan kepada manusia sejak dari bangun dari tidur sehingga hendak tidur kembali, nikmat manakah yang hendak didustakan?
Masih bertuah dapat menghirup udara di bumi yang aman dan bertuah ini. Masih lagi dapat mendengar desiran angin dan burung berkicauan tetapi hal sekecil itu dianggap remeh. Ada perkara yang ditamatkan tapi tidak dapat tanpa diketahui perkara dan perancangan yang ada rupanya adalah lebih baik daripada perancangan sendiri. Mungkin saat ini dapat bertemu dengan sosok yang kau tak pernah jangkakan.
Saja nak menulis
Monday, July 4, 2016
Saturday, June 11, 2016
Kepingan 2 : Ohana
Ohana
Saya diperkenalkan dengan istilah Ohana ni oleh seorang kenalan facebook sekitar tahun 2011. Ya tahun 2011. Sewaktu itu ada buat satu group facebook(maklumlah zaman tu facebook tu macam benda yang selalu orang buka untuk isi masa lapang ke apa) Group itu nama The Group of 94. Semangat lahir tahun sama masih kuat zaman ini hahaha. Sekarang ni tak kisah dah... Banyak kenangan dekat situ. Jadi apa yang dimaksudkan dengan ohana? Ohana ini satu istilah yang di ambil daripada kepulauan Hawaii yang merujuk macam keluarga.
Ia bukan kerana simpati tapi tulus daripada hati.
Monday, May 30, 2016
Kepingan 1 : Ikut suka nak tulis apa.
Masa yang paling berharga adalah masa yang diluangkan dengan penuh bermakna tak kiralah walaupun seminit mahupun sesaat juga tapi tak perlulah mengenangkan masa-masa yang sudah terlepas. Apa yang penting masa sekarang ataupun 'Now'.
Banyak hal yang dikaitkan dengan masa daripada masa sebagai ubat...ye ke? (time heals) dengan tidak menepati masa. Nak berletiaq pasal tak menepati masa ke apa?
Tak...tidak sama sekali.
Isilah masa lapang jangan dibiarkan kosong, isilah dengan apa-apa sekalipun, main muzik,dengar lagu, baca buku? Keluar dengan kawan2... ya..buat ja, jangan biar masa tu berjalan pergi.
Sunday, May 29, 2016
Catatan 0013 : Down & Out di London & Paris oleh George Orwell
Ada seminggu tu semasa baucer buku mula diedarkan di sekitar USM , ada beberapa penerbit buku antaranya Thukul Cetak dan DubookPress buat jualan buku. Saya mula mendapatkan buku ini sekitar masa ini....ya la harga buku RM30 tapi dapat diskaun dalam RM20 sebuku... okla tu.
Dah, kita teruskan kepada buku ini. Buku ini ada dua bahagian yang utama yang pertama sekitar di Paris dan yang kedua sekitar di London. Dia ada menceritakan bahagian kehidupan sebagai pencuci pinggan di Paris, dan dia berkerja di salah satu hotel terkemuka di Paris. Hang bayangkan kalau ada ayam ka apa yang jatuh dari Lif pekerja kena bayar ganti rugi jadi depa sanggup ambil ayam yang terjatuh tu dan depa tak buat apa-apa.
Lama juga masa nak dihabiskan untuk membaca buku ni yelah semenjak dua menjak ini lebih suka untuk membelek ebook berbahasa Inggeris cuba untuk membaca kembali dalam bahasa Inggeris. Novel terakhir berbahasa Inggeris berbentuk buku yang habis di baca adalah Prisoner of Zenda novel tingkatan 3 setiap jalan penceritaan dalam tu masih lagi ingati. Buku Catch Us If You Can novel tingkatan 5 ada baca tetapi tak meninggalkan kesan yang mendalam.
Baik kita teruskan ke buku ini, buku ini merupakan buku pertama yang ditulis oleh George Orwell, Saya mula kenal George Orwell(macam pernah jumpa berdepan pula padahal kenal nama saja) dalam website game erepublik.com ada satu artikel mengenai buku-buku yang direkomenkan untuk di baca. Antaranya Animal Farm, mulanya macam rajin nak baca tapi selepas tu tengok kartun ja.
Dah, kita teruskan kepada buku ini. Buku ini ada dua bahagian yang utama yang pertama sekitar di Paris dan yang kedua sekitar di London. Dia ada menceritakan bahagian kehidupan sebagai pencuci pinggan di Paris, dan dia berkerja di salah satu hotel terkemuka di Paris. Hang bayangkan kalau ada ayam ka apa yang jatuh dari Lif pekerja kena bayar ganti rugi jadi depa sanggup ambil ayam yang terjatuh tu dan depa tak buat apa-apa.
Catatan 0016 : Catatan Sticky Notes
Ini ada nasihat orang bagi dekat saya. Tinggalkan dekat sini dulu la....
ukhwah tak semestinya tunggu saling cinta mencintai... Jika kau seorang pencinta, kau boleh terus mencintai tanpa harap balasan cinta ;)
malu jika orang tahu kita jatuh cinta... malu jika orang tahu kita kecewa, sakit hati, berbuat dosa apa2 etc... keep it in private dgn tuhan aje. Malu... sebab kita makhluk tuhan... tak nak tuhan malu dgn kita. Tuhan bangga dgn kita tak apa...
Saturday, April 23, 2016
Catatan 0012: The Alchemist oleh Paulo Coelho
Selepas habis membaca Flowers of Algernon rasa macam nak baca The Alchemist pula....dah lama perasaan untuk membaca sehingga habis ni belum tiba(have a sense of accomplishment) kerana berjaya menghabis buku Flowers of Algernon.. Kenapa The Alchemist kerana dalam 88 ja muka surat dia sebab itu.Selain itu untuk meneroka pemikiran penulis juga kerana cerita ini kebanyakkkan latar padang pasir untuk mencari harta.
Antara quote menarik dalam ni
"Don't say anything," Fatima interrupted. "One is loved because one is loved. No reason is needed for loving."
People are afraid to pursue their most important dreams,
because they feel that they don't deserve them, or that they'll be unable to achieve them.
We, their hearts, become fearful just thinking of loved ones who go away forever, or of
moments that could have been good but weren't, or of treasures that might have been
found but were forever hidden in the sands. Because, when these things happen, we
suffer terribly."
When you possess great treasures within you, and try to tell others of them, seldom are you believed."
'Everything that happens once can never happen again. But everything that happens
twice will surely happen a third time.' "
Cerita ini pada keseluruhannya mengisahkan seorang pengembala kambing yang bermimpi dia akan menjumpai harta di Mesir. Dia terpaksa melalui padang pasir untuk mencapai cita-citanya itu dan akhirnya dia kembali tempat dimana dia bermula(ada dinyatakan dalam epilogue). Sangat menarik...dia mulanya marah pada monk kalau dia tahu awal tak perlulah dia bersusah payah untuk menempuh liku-liku padang pasir tapi bila monk tu beritahu dia dapat tengok piramid dan segala hal kehidupan. Dia rasa gembira.
Wednesday, April 13, 2016
Catatan 0009 : Buku The Stranger Albus Camous
Setelah lama tidak membaca novel berbahasa Inggeris kali terakhir rasanya novel tingkatan 5, Catch Us If You Can. Bukan sebab apa setiap kali baca mesti ada kosakata(vocab) baru yang saya tak faham, Pada kebiasaanya saya akan membaca sekali lalu kemudian baru cuba teka(guess) maksud perkataan yang saya tak faham/tahu tu.
Mujurlah kali ini mendapat tips dari seseorang(budak math juga) baca dan fahamkan dan ada google memudahkan untuk mengetahui maksud sesuatu perkataan.
Erm....macam tak masuk lagi bab novel ni. Novel ini lebih kurang 77 muka surat (tak la banyak sangat) tapi perkataan dia setiap muka surat sampai 4-7 perkataan yang tak pernah saya jumpa.
Berpuluh juga....akhirnya selepas 3 hari berjaya juga menghabiskan buku ini. Terima kasih kepada Pak Dy.....teringat balik kata-kata dahulu(manusia takut dengan perkara yang dia tak tahu). Mungkin sebab ini saya kurang membaca novel bahasa Inggeris terlalu asyik dengan gaya bahasa Faisal Tehrani.
Selepas itu mereka ada pergi percutian dekat Pulau apa ntah hahaha....tak ingat la. Pulau sajalah. Dekat Pulau itu watak utama melepaskan 5 das tembakan kepada seorang mangsa(orang Arab). Kemudian bahagian seterusnya.....dia ...masuk dalam penjara. Dekat situ dia mula rasa untuk menghabiskan masa sebelum keputusan penghakiman dia. Tak silap saya dalam enam minggu juga. Pada mulanya dia rasa bosan....macam mana hendak menghabiskan masa kalau buat rutin yang sama sahaja setiap masa. Jadi dia mula mencatat perkara yang dia nampak secara terperinci.
Ok kita hentikan....sekarang dah habis. Dia pergi tempat prosiding. Memang dia bersalah. Pendakwa bagi ayat yang agak kejam juga dekat dia.....lebih kurang macam ni
"hang dahla tak menangis waktu mak hang meninggal, lepas tu boleh pula hang pi bercinta dengan seorang gadis sehari lepas mak hang meninggal, pi tengok wayang lepas tu pergi percutian. Lepas tu boleh pula hang pi bunuh orang....hang ni patut kena hukum " tapi tak adalah dia cakap macam tu dia cakap dalam bahasa Inggeris la.
Kemudian bahagian paling best sekali adalah bahagian terakhir. Bila waktu utama dalam tu macam dia merungkai kembali apa yang ada dalam bahagian lain....macam mana seseorang yang dah insaf.....kerana dulu dia tak keriau(menangis) semasa mak dia meninggal...dia kena penjara. Sedangkan itu hal yang lepas. Sekarang dia mahu hidup dalam keadaan yang gembira. Ya gembira.
Sekian.
Nur Arif
Subscribe to:
Posts (Atom)